Vigilenz Medical Devices Sdn Bhd

 

PENGENALAN

Ditubuhkan pada tahun 2002, VIGILENZ MEDICAL DEVICES syarikat milik penuh Malaysia diilham dan ditubuhkan sebagai pembekal alternatif produk perubatan serta pembedahan di Malaysia dan seluruh dunia.

 

Bermula dengan hanya dua buah negara, VIGILENZ® kini melebarkan sayap pasaran antarabangsa ke lebih 26 buah negara. Berbekalkan fasiliti moden ISO kelas 8 di Pulau Pinang, Malaysia serta tenaga kerja berkemahiran dan bermotivasi tinggi, VIGILENZ® menjanjikan produk-produk yang berkualiti tinggi setanding produk antarabangsa.

 

RANGKAIAN PRODUK

  STANDARD KUALITI

  PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN

Bermula dengan rangkaian Surgical Suture, VIGILENZ® kini dikenali melalui produk Hernia Mesh, produk kawalan jangkitan dan juga pengurusan luka.

Berbekalkan sistem kualiti ISO 13485:2016 VIGILENZ® pada hari ini merupakan sebuah syarikat penyelidikan dan pembangunan dengan produk-produk berkelas III CE. VIGILENZ® merupakan syarikat pertama di Malaysia memperoleh tanda produk CE kelas III. Produk kami diperakui FDA dan kini produk-produk Vigilenz telah mendapat pengesahan sebagai produk yang HALAL untuk digunakan.

 

 

Sejak dari awal penubuhan syarikat, VIGILENZ® sentiasa memberi tumpuan kepada pembangunan produk baru mahupun produk sedia ada mengikut  garis panduan ketat Medical Device Directive. VIGILENZ® kini memfokuskan kepada penyelidikan biomaterial untuk kegunaan medikal, Urologi dan CVC, kawalan jangkitan serta produk pengurusan luka.

 



NILAI-NILAI TERAS

Visi:
"Menjadi peneraju di dalam mengeluar dan membekal peranti perubatan serta perkhidmatan bertaraf dunia."
Misi:
Menguruskan secara konsisten dan berterusan: